Saturday, March 13, 2010

ANTARA SUNNAH DAN NAFSU

Kisah sedih yang menimpa adik Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh oleh ayahnya sendiri walaupun baru mengenali lelaki tersebut 3 hari sebelumnya betapa memberikan kesedaran bahawa begitu cetek ilmu agama masyarakat kita. Yang pelik serta hairan pula adalah bagaimana kumpulan ini boleh bergrak di serata negara mengadakan program-program mereka di masjid-masjid tanpa gangguan oleh pihak Berkuasa Agama. Tidak ada pula Penguatkuasa Agama minta surat tauliah... Ulama terkenal dan bekas Mufti yang tidak boleh dipertikai ilmunya pula ditahan dan didakwa kerana mengajar tanpa tauliah.. Tidakkah ini menghairankan????

Ini jelas menunjukkan bahawa tauliah bukanlah isu sebenar yang berlaku di sini, tetapi ianya lebih kepada isu periuk nasi dan pengaruh. Jemaah Tabligh tidak menimbulkan rasa tergugat di kalangan Penguasa Agama Negeri kerana Tabligh tidak menyentuh hal-hal politik atau ehwal semasa.. Jemaah Tabligh hanya membaca Kitab Maulana Ahmad Zakaria tentang fadhilat-fadhilat ibadat walaupun dalil-dalilnya amat lemah, sehingga fadhilat-fadhilat yang disebutkan amat sukar diterima oleh akal yang berfikir ...

Alhamdulillah, Adik Siti Nur Zubaidah ditemui semula di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong petang semalam di dalam keadaan lemah dan keliru. Kita tidak tahu samada telah berlaku persetubuhan dengan suaminya berumur 41 tahun tersebut kerana pihak polis masih menyiasat dan ibu bapanya juga tidak dibenarkan membawan Siti pulang. Akan tetapi dari kenyataan isteri pertama lelaki berkenaan; Na, berusia 33 tahun itu menceritakan, suaminya pernah menyuarakan keinginan merasa nikmat berkahwin dengan budak berbanding orang dewasa. Dia tidak mengambil berat kata-kata tersebut kerana mengangapnya hanya gurauan.

Dari sini sudah jelas motif sebenar perkahwinan tersebut. Ianya bukan Sunnah sebagaimana yang dijaja olehnya tetapi sebenarnya adalah NAFSU... Dia ingin merasai " $%^& " dengan seorang budak berbanding orang dewasa. Penyakit sebegini; penggalakan perkahwinan melebihi satu, juga telah berlaku di dalam Jemaah al Arqam yang memandang bahawa kahwin ramai lebih menepati sunnah walaupun ayat al Qur'an (an Nisa' Ayat 3) jelas menyatakan bahawa jika takut berlaku tidak adil, berkahwin satu lebih baik.

Jika kita memahami ayat al Quran tersebut baik-baik, kesimpulan jelas ialah kahwin satu adalah lebih baik dari kahwin melebihi satu. Walaupun begitu kita dibenarkan berkahwin tidak melebihi empat dengan syarat yang ketat... Jika kita benar-benar ikhlas dengan diri kita, kita tidak akan berani mengambil risiko sanggup berlaku adil kerana ia amatlah sukar... Amatlah sukar untuk memastikan 100% ADIL dari segi keperluan fisikal, rohani dan penumpuan `attention' dan paling sukar ialah pemberian kasih yang sama rata...

Yang paling menyedihkan ialah tergamaknya seorang ayah termakan dengan penceramah tanpa tauliah dan ilmu ini sehingga mempedayakan isteri sendiri dan menikahkan anaknya di dalam kereta dalam keadaan memandu TANPA KEHADIRAN ANAKNYA. Kebodohan melampau ini adalah kerana dangkalnya ilmu mengenai apa itu sunnah dan apa itu nafsu. Hairan lagi, tidak terfikirkah dia untuk bertanya dengan orang-orang yang lebih arif sebelum menggadai masa depan anaknya. Begitu cetek kah sebenarnya kasih seorang ayah terhadap anak perempuannya??? Ini ibarat terpengaruh dengan ceramah penjual ubat. Inilah bahayanya TAKSUB...

Sedarlah kita bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik manusia, penghulu sekelian nabi dan rasul. Sejauh manakah iman anda untuk menyamai baginda, untuk memikul tanggungjawab baginda, untuk menjadi contoh tauladan kepada ummat Islam? Nabi Muhammad s.a.w telah mendidik Aisyah sebegitu baik sehingga Aisyah menjadi pakar rujuk hal ehwal wanita dan kekeluargaan kepada umat Islam. Nabi juga tidak meminta untuk berkahwin dengan Aisyah tetapi telah didesak oleh Abu Bakr kerana terlalu sayangkan baginda. Lagipun Abu Bakar amat tahu bahawa Baginda sebagai Rasul akan melakukan yang terbaik kepada anaknya itu dan tidak akan mengambil kesempatan untuk merasai "daging muda" ekoran perkahwinan tersebut.

Ketahuilah bahawa terdapat tindakan-tindakan Baginda adalah KHUSUS kepada baginda sahaja, umpamanya berkahwin melebihi 4, dan ini bukannya sunnah. Begitu juga beliau berkahwin dengan Aisyah ketika umur Aisyah 9 tahun dan ini tidak boleh dianggap Sunnah untuk diikuti oleh sekelian umat. Beliau pernah meniduri semua isteri-isterinya satu persatu dalam satu malam mengikut gikiran dan INI BUKAN SUNNAH untuk menjadi ikutan.. Sedarlah bahawa darjat Baginda Rasululah s.a..w berbanding dengan kita yang sembahyang pun tunggang terbalik ini adalah terlalu jauh... Oleh itu bertindaklah mengikut ilmu sebenar yang diperolehi dari guru-guru yang telah mendapat pendidikan agama sebenar dan bukan kerana semangat semata-mata tanpa ilmu...

5 comments:

  1. Salam, dakwaan anda amat berat sekali terhadap tabligh. Luahan itu dirasai sebagai mengambit berat dan rasa simpati.Tetapi tidak menghalalkan anda untuk membuat kesimpulan yang bersifat emosi. Malah perenggan terakhir banyak bercanggah dengan hukum sunah itu sendiri, saya bukan mahu mencari kesilapan, tetapi menyalahkan tabligh hanya kerana seorang atau dua yang melakukan kesilapan bukanlah suatu tindakan rasional dan sifat orang berpendidikan. Saya meminta maaf jika ada jemaah tabligh yang telah merosakkan atau tidak menyenangkan hidup anda di dunia ini. WaAlllahu'alam.

    ReplyDelete
  2. Anon,
    Saya menghargai tulisan saudara. Saya pernah mengikuti Jemaah Tabligh, jadi saya tahu apa yang saya tulis.
    Tabligh melatih ahli jemaah cintakan Rasul, oleh itu setiap perilaku (sunnah) Baginda cuba praktikkan di dalam 'outing' mereka. Jemaah di ajarkan zuhud, tawadduk, persaudaraan Islam; itu semua amat baik.
    Tetapi yang saya ingin 'highlight' di sini adalah ILMU AGAMA sebenar. Sebanyak mana amal dilakukan jika tidak mengikut susur galur amalan yang diajarkan Rasulullah, ianya hendaklah di tolak sebagaimana baginda telah menasihati sahabat yang ingin sembahyang sepanjang malam, puasa setiap hari dan tidak mahu mendirikan rumah tangga. Baginda memberitahu bahawa beliau tidur dan beliau sembahyang malam, beliau berpuasa dan beliau juga berbuka, beliau juga beristeri. Jika sesiapa ingin melakukan lebih dari baginda, mereka bukan dari kalangan Baginda...
    Perenggan Terakhir banyak bercanggah??? Buktikan. Saya bersedia untuk mengaku salah jika dibuktikan begitu secara ilmiah.
    Wassalaam...

    ReplyDelete
  3. Salam, saya baru saja ikut jemaah tabligh,dan baru je melayar blog , jadi apa nasihat tuan kepada saya?tolong jangan beri jawapan ikut nafsu tuan sebab saya betul2 kumpuis ni..

    ReplyDelete
  4. salam,saya seorang mualaf dan bukan ustaz .saya berpendapat tablig tidak mewakili manusia...jika ada seorang yang sombong bodoh beragama islam.bolehkah kita katakan jemaah islam itu sombong bodo...?sila ajar saya ustaz.

    ReplyDelete
  5. Tiada nasihat yang dapat saya berikan... pakai akal dan nilailah sendiri.. Kalau ikhlas mahu cari pedoman, akan berjumpa insyaAllah.. kalau saja nak berbahas tanpa hujah , maaf di sini bukan tempatnya..

    Tulisan di atas tidak fokus kepada Jemaah Tabligh tetapi kepada seorang ahlinya yang menyeleweng.. Intipati tulisan ini adalah kepada 'TAKSUB'.

    ReplyDelete