Tuesday, January 19, 2010

TASBIH ELEKTRONIK SATU BID'AH?

Agak terkejut juga saya bila membaca di dalam Facebook anak saudara bahawa dia ada mendengar seorang ustaz menyatakan bahawa pemakaian tasbih elektronik itu adalah satu bid'ah. Astaghfirullah....

Rasanya permasaalahan ini adalah terlalu dangkal. Memanglah di zaman Baginda Rasulullah s.a.w baginda tidak mengunakan sebarang tasbih, lebih-lebih lagi elektronik kerana belum diciptakan lagi. Apapun baginda tidak menghalang seorang sahabat dari menggunakan batu-batu untuk MEMBILANG bilangan zikir.

Persoalannya cukup mudah; adakah kita mempunyai niat di dalam hati bahawa membilang tasbih itu sebahagian dari ibadat tasbih semasa melakukannya???? Jika itulah pandangan kita, maka saya bersetuju bahawa tasbih kayu ke, tasbih batu ke, tasbih elektronik ke adalah bid'ah. Tetapi jika kita hanya menggunakannya untuk MEMBILANG, dimanakah bid'ahnya??? Kalau macam tu naik kereta pun bid'ah lah kerana Rasul naik unta atau keldai.

Mungkin itu persamaan yang kurang sesuai kerana bertasbih itu ibadah sedangkan naik kenderaan itu tidak. OK, kita ke depan selangkah lagi; apa kata naik kereta untuk ke masjid menunaikan sembahyang Jamaah... Bid'ah ke sedangkan Nabi naik unta/kaldai atau jalan kaki kerana rumahnya bersebelahan masjid????

Tak sesuai lagi??? OK kita pergi lebih dekat lagi. Bagaimana dengan penggunaan alat pembesar suara di dalam sembahyang Jemaah; bid'ah ke???? Zaman Nabi tidak ada pembesar suara. Nabi tidak menggunakannya. Adakah penggunaannya di dalam sembahyang bukan satu bid'ah sedangkan ia sebahagian dari perjalanan ibadat sembahyang di masjid???? Kalau begitu penggunaannya di Masjidil Haram juga bid'ah?? Itu berlaku di negeri yang mengamalkan fahaman Wahabi yang amat sensitif terhadap persoalan bid'ah.

Rasa-rasanya inilah antara yang menyebabkan Islam menjadi begitu jumud dan layak untuk golongan tua buta huruf yang tidak tahu apa-apa perkembangan di luar persekitarannya. Keterlaluan dalam penafsiran bid'ah dan haram-halal sesuatu perkara menjadikan penganut agama Allah ini seoalah-olah menyusahkan diri sendiri dan orang lain sedangkan Allah telah menyatakan bahawa Allah menghendakkan kemudahan kepada kita dan bukan kepayahan.

Ketahuilah bahawa Islam itu mudah, kita yang memayahkan. Islam itu maju, sentiasa maju tetapi kita yang memundurkan nya. Islam itu universal, kita yang mengehadkannya. Islam itu sinar, kita yang menggelapkannya dan menyebabkan orang bukan Islam memandang rendah kepada penganut agama Allah ini..

5 comments:

  1. dino.yp@gmail.comMarch 10, 2010 at 4:12 AM

    tasbih kayu pun bid'ah, apalagi tasbih elektronik.

    ReplyDelete
  2. Dipetik 'islam begitu jumud'(ayat 1, perenggan 6) -islam tidak pernah jumud kecuali umat-umat islam yang lemah itu sendiri.Mungkin ustaz itu mengambil pandangan seorang ulama yang mengkategorikan bid'ah kepada 5-haram, harus, sunat,makrum,wajib. Dan tidak semua bid'ah itu haram, maka mungkin ada betul kata2 ustaz itu. Maka perlulah kita selidik dahulu komentar yang dilkeluarkan oleh pihak ketiga atas dasar menghormati orang yang berilmu ('alim) terutamanya ilmu akhirat.Wa'Allahu'alam.

    ReplyDelete
  3. Dino,
    Tak perasan ada komen dari anda.
    Bid'ah dalam erti kata bahasa bukan isunya di sini.

    ReplyDelete
  4. Anonymous,
    Cantik komen anda. Saya tidak rasa perlu komen lebih panjang. Yang saya pertikaikan ialah Bid'ah Dholalah. Artikel ini tidak mermaksud menghuraikan istilah bid'ah. Banyak kitab-kitab oleh ilmuan-ilmuan boieh dirujuk untuk tujuan tersebut..

    ReplyDelete
  5. ini orang menggunakan hawanapsu dan akal pikiran bukan menggunakan tuntunan

    ReplyDelete