Thursday, January 13, 2011

ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT, JUBAH DAN BAHASA ARAB


Ada di kalangan umat Islam mempertikaikan kepentingan belajar bahasa lain sehinggalah Bahasa Arab terlebih dahulu dikuasai kerana keutamaan pembelajaran bahasa sepatutnya untuk belajar Bahasa Arab untuk membolehkan kita memahami al Quran. Di dalam penekanan untuk memahirkan diri dalam Bahasa Inggeris sebagai jalan menguasai ilmu dan komunikasi global, perkara ini dibangkitkan kerana khuatir kita silap dalam menentukan keutamaan.

Pandangan ini bukannya tiada merit tetapi kalau dengan Bahasa Inggeris dapat meneroka ilmu yang membolehkan iman bertambah tidak kah itu jalan ke arah akhirat? Mengapa perlu kita hadkan bahasa selain daripada Bahasa Arab sebagai bahasa dunia dan Bahasa Arab sahaja sebagai bahasa akhirat? Sebenarnya saya tidak nampak syurga di dalamvBahasa Arab yang dituturkan oleh juruacara-juruacara Arab yang seksi-seksi di dalam siaran TV mereka, umpamanya al Jazeera dan begitu juga di dalam lagu-lagu mereka tidak banyak bezanya dengan lagu-lagu lain dengan budya laranya, kecuali yang berunsur agama. Perlu diingat bahawa Bahasa Arab juga dituturkan oleh Abu Lahab, Abu Jahal dan mereka juga memakai jubah... Jadi kita perlulah faham betul-betul garis pemisahnya supaya kita tidak keliru yang mana DUNIA dan yang mana AKHIRAT.

Dalam hal ini satu kaedah telah diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) di dalam satu majlis ilmu (bukan forum ceramah politik). TGNA memberikan tafsiran mengenai AKHIRAT dan DUNIA. Apa kah yang membezakan keduanya? Kaedah yang diberikan oleh TGNA amatlah mudah; AKHIRAT sesuatu yang dilakukan untuk tujuan jangka masa panjang dan DUNIA adalah untuk jangka masa pendek. Jangka masa panjang diertikan sebagai merentasi semua hayat manusia di dalam alam ini dan juga alam yang lebih abadi. Seseorang yang memilih akhirat umpama memilih sebuah lautan yang luas sedangkan yang memilih dunia ibarat memilih satu titik air sebagai bandingannya.

Seorang yang sembahyang kerana Allah swt adalah untuk AKHIRAT kerana ianya untuk jangka masa panjang (mendapat keredhaan Allah adalah jangka masa panjang), sedangkan jika dia sembahyang hanya kerana terpaksa menghadiri majlis tertentu semata-mata atau hanya mengikut orang ramai supaya tidak tertinggal dari masyarakat atau kerana menunjuk-nunjuk, ini adalah DUNIA kerana matlamatnya adalah jangka masa pendek; untuk kedudukanya dalam masyarakat sekeliling sahaja sedangkan ini tidak kekal.
Contoh yang lain; orang yang memberi derma kerana Allah semata-mata adalah untuk jangka masa panjang dan oleh itu ianya adalah AKHIRAT, sedangkan jika hanya untuk mendapatkan potongan cukai pendapatan, atau supaya dilihat sebagai seorang dermawan, ianya adalah untuk tujuan jangka masa pendek dan oleh itu ditaakrifkan sebagai DUNIA.

Berkaitan memakai jubah, Sunnahnya bukanlah terletak kepada jubah.. tapi CARA MEMAKAI JUBAH.. Jika jubah dipakai dengan bersih, kemas dan tidak melepasi buku lali dan dengan tujuan mengikuti cara pemakaian Rasulullah di atas rasa cinta kasih kepadanya, maka ia adalah SUNNAH dan termasuk dalam takrif AKHIRAT dan layak mendapat pahala umpama sebuah lautan luasnya. Akan tetapi jika jubah dipakai dengan hiasan-hiasan mewah, dengan kain sutera dan dipakai melewati buku lali untuk menunjukkan STATUS, maka ianya BUKANLAH SUNNAH kerana Rasulullah s.a.w pernah menyatakan bahawa orang yang memakai jubah melepasi buku lali itu sifatnya riak. Oleh itu macam mana berpakaian dengan cara begini boleh ditakrifkan sebagai sunnah walaupun ianya jubah???


Begitulah juga dengan Bahasa Arab. Bahasa Arab Al Quran adalah berbeza dengan Bahasa Arab mengikut pertuturan harian. Oleh itu jika kita belajar Bahasa Arab Al Qurtan untuk memahami dan menghayati Al Quran, maka ianya adalah SUNNAH dan bertujuan AKHIRAT yang melayakkan kita menerima pahala umpama satu lautan. Akan tetapi jika ianya dipelajari untuk berkomunikasi dengan saudagar-saudagar minyak Arab atau untuk tujuan perniagaan lain umpamanya untuk impot buah tamar, minyak wangi atau lain-lain urusan dunia, maka ianya adalah DUNIA dan tidak layak untuk dikategorikan sebagai SUNNAH.
 
Jika belajar Bahasa Inggeris untuk memahami ilmu yang ada demi memahami kejadian alam dan mencari kebenaran atau menambah iman.. maka ianya adalah AKHIRAT mengikut kaedah yang diberikan oleh TGNA tersebut;


.> Bagaimana untuk mencari ilmu sehingga negeri China tanpa mempelajari bahasa China??

> Bagaimana hendak menerobosi sempadan langit seperti di sarankan oleh al Qur'an tanpa belajar ilmu berkaitan astronomi, fiziks dan lain-lain di dalam Bahasa Ingeris???

Dengan kaedah AKHIRAT/DUNIA yang diperturunkan oleh TGNA tersebut, boleh kita membuat penilaian mengenai SEMPADAN Dunia dan Akhirat dan dengan itu menilai samada perkara yang dilakukan itu adalah mengikut sunnah atau sebaliknya walaupun pada zahirnya perkara yang dilakukan adalah sama.
WALLAAHUAKLAM.

1 comment:

  1. LEDs, first developed in the early 1960s, produce light by moving electrons through a semiconductor.
    The contacts are arranged in alphabetical order making it hassle-free going
    over the contact list. However, my husband had a little trouble tightening the screw on the solar panel, so it tended to slip to less than
    an optimal angle.

    Also visit my web page Tischleuchten

    ReplyDelete